Julung-julung kalinya Kg Lukut telah mengadakan perarakan menyambut hari kemerdekaan bersama penduduk kampung dengan menaiki gerabak, ATV, berkuda, basikal dan juga diiringi dengan kereta bermula dari RAF Point ke Dewan Semerah Padi Kampung Lukut. Ianya bertujuan untuk memupuk semangat kecintaan kepada Negara yang menjadi slogan Sayangi Malaysiaku.
Kejayaan ini telah membawa Kampung Lukut lebih dikenali di mata dunia yang merupakan antara kampung homestay yang tertua di Malaysia ini. Penglibatan amat menggalakkan dan akan di perbaiki setiap kelemahan serta akan kita teruskan pada tahun-tahun yang akan datang walaupun iannya mengeluarkan perbelanjaan sendiri tanpa di salurkan sumbangan dari mana-mana pihak. Kami sangat berpuas hati dan gembira ianya berjalan dengan lancar tanpa ada apa-apa insiden.
RAF Point sentiasa akan membantu di dalam segala hal untuk pembangunan pelancongan di kampung ini.