ALAMAT LOKASI:
LOT 9662, RANCANGAN SG. SENDAYAN,
KAMPUNG LUKUT, KOTA TINGGI, JOHOR
(8 km dari Bandar Kota Tinggi , arah jalan ke Kota Tinggi Water Fall.
Di kawasan Kg. Lukut, Kota tinggi dan di bawah kaki Gunung Panti, Kota Tinggi)
https://www.google.com/maps/place/RAF+Point+with+zipline+adventure/@1.8114475,103.8780991,17z/data=!3m1!4b1!4m5!3m4!1s0x0:0xfb076ba776f19ffa!8m2!3d1.8114475!4d103.8802878?hl=en
PERSON TO CONTACT:
1. AHMAD FADHIL BIN UDIN – 0197980555
2. RAHAMAH BINTI MAHMOOD -0197980777
3. MOHD. AZMAN BIN ENDIN – 0177447089
RAF POINT yang berkeluasan 14 ekar, terletak di lot 9633, 9648 dan 9662 adalah merupakan kawasan tarikan pelancongan baru di Kg Lukut, Kota Tinggi.
Kawasan ini terletak didalam kawasan Daerah Kota Tinggi telah diusahakan sejak 2013 dibawah Parlimen Tenggara P155 dan telah dirasmikan oleh ahli parlimennya pada ketika itu Datuk Halimah Binti Mohamed Sadique pada tahun 2016.
Antara aktiviti yang ada di RAF POINT pada masa kini adalah:
- Pintu masuk untuk pendaki gunung ke Gunung Panti
- Pusat ATV berserta litar pemanduan
- Sukan lasak bermotor (Motorcross )
- Mountain Bike (MTB)
- Paintball
- Flying fox sepanjang 560 meter
- Aktiviti memanah
- Pondok Wakaf Untuk Keluarga
- Barbeque , Sound System And Slide
- Guest House
- Tree house / bermalam di atas pokok
- Melihat kerbau meliar
- Abseiling
- Perkhemahan (Camping)
- D’Hammock Cabin
- Mendaki menaiki kuda di sediakan oleh pemilik Hill Top Horses Village (HTHV)
- Combat Archery
- Unggun Api (Camp Fire) Dan Aktiviti Malam
Selain daripada aktiviti sukan lasak, kawasan ini juga menyediakan kemudahan perkhemahan, homestay, sesuai untuk berjogging, backpackers, senamrobik dan aktiviti-aktiviti riadah yang lain.
RAF POINT juga boleh dijadikan sebagai kawasan mengadakan program motivasi dan outdoor activiti dan sesuai untuk mengadakan program hari keluarga dan perkahwinan dalam taman. Aktiviti yang dijalankan adalah dikendalikan dengan kerjasama penduduk Kampung Lukut dan sekitarannya. Keadaan ini secara langsung menyediakan peluang pekerjaan baru dan peluang menjana pendapatan bagi penduduk kampung. Dengan adanya pelbagai aktiviti di RAF POINT juga menjadikan kawasan Lukut khususnya dan Kota Tinggi amnya sebagai sebuah tarikan pelancongan baru yang akan memberi impak positif kepada masyarakat setempat.
Rancangan Sungai Sendayan, Mukim Lukut, Kota Tinggi, Johor adalah sebuah kawasan yang terletak berhampiran dengan Kawasan Hutan Simpan Gunung Panti dan jauh dari kawasan penempatan penduduk menjadikan ianya sesuai untuk dijadikan sebagai sebuah kawasan rekreasi untuk aktiviti riadah seperti pusat perkhemahan, pusat latihan survival, pusat sukan ekstrem dan juga pusat sukan paintball. Aktiviti seperti yang dinyatakan adalah merupakan aktiviti yang digemari pada masa kini dan menjadi pilihan utama kepada para belia mahupun golongan remaja yang masih bersekolah dan turut diminati oleh golongan dewasa. Melalui aktiviti perkhemahan, latihan survival, permainan sukan lasak seperti ATV, rock climbing dan permainan paintball dan memanah akan dapat membentuk semangat berpasukan yang tinggi, tidak mementingkan diri, menyusun strategi pertahanan diri dan juga dapat membentuk jati diri peserta.
Sehubungan dengan itu adalah dicadangkan pembinaan sebuah kompleks bersepadu berkonsepkan relax and fun di sini..
GOLONGAN SASARAN
Golongan sasaran adalah kakitangan kerajaan, pekerja-pekerja swasta, belia dan pelajar dari dalam Negara dan luar Negara. Memandangkan kawasan ini berhampiran kawasan tarikan pelancong bagi aktiviti homestay, aktiviti di RAF POINT ini juga boleh dijadikan sebagai produk baru aktiviti tambahan kepada peserta homestay berkenaan. Kawasan ini juga boleh dimanfaatkan oleh pengunjung ke kawasan Air Terjun Kota Tinggi dan ini juga selaras dengan hasrat Pejabat Daerah Kota Tinggi untuk menjadikan kawasan Gunung Panti sebagai tarikan pelancong ke daerah ini.
Komitment RAF POINT
- RAF POINT akan memastikan keadaan alam sekitar dikekalkan dimana tiada sebarang penebangan pokok kayu di dalam hutan simpan Gunung Panti itu sendiri.
- Bekerjasama dengan Pejabat Hutan Kota Tinggi untuk membuat tagging sebagai pengenalan jenis pokok kayu yang terdapat di dalam hutan tersebut dan menjadikannya sebagai “HUTAN PEMBELAJARAN” yang telah diilhamkan oleh Datuk Halimah Mohamed Sadique.
- Memastikan keadaan kebersihan sentiasa terjaga
- Membantu memaklumkan kepada pihak berkuasa sekiranya ada pencerobohan tanpa permit ke kawasan hutan simpan tersebut.
- Mengenali sejarah hutan Kota Tinggi seperti harimau yang disebut-sebut iaitu tepok dan dengkis dan pernah menjadi berita sensasi kewujudan bigfoot di dalam hutan simpan Panti ini.
KEJAYAAN RAF POINT
Menerima 2 Anugerah Malaysia Book Of Records (MBOR)
- THE FIRST SINGLE LINE ZIPLINE ARCHERY IN MALAYSIA
- THE LONGEST SINGLE ZIPLINE ARCHERY (260 METER) IN MALAYSIA
FAEDAH
- Membantu pihak Jabatan Hutan memantau dan memastikan hutan simpan dipelihara dan dipelihara.
- Menanamkan semangat cintakan khazanah alam dan alam sekitar
- Meneroka sejarah hutan
- Sebagai kawasan tarikan pelancongan baru di Kota Tinggi
- Membuka peluang pekerjaan kepada penduduk kampung
- Memberi peluang kepada usahawan kampung untuk berniaga
- Memupuk semangat perpaduan dan kerjasama di kalangan penduduk kerana semua aktiviti dijalankan secara usaha sama dengan penduduk kampung
- Meningkatkan nilai tambah kepada kawasan Kampung Lukut dan sekitarnya dan juga kawasan Kota Tinggi
- Menjadi pemangkin kepada pembangunan kampung
- Sebagai pusat kajian ilmiah pelajar universiti
- Sebagai sokongan kepada projek NBOS daerah Kota Tinggi bagi sektor pelancongan
NILAI TAMBAH
Selain sebagai daya tarikan pelancongan, aktiviti di RAF POINT akan dijayakan bersama sebagai aktiviti bersama dengan penduduk. RAF POINT akan membenarkan penduduk/rakan kongsi untuk membina pelbagai aktiviti perniagaan secara usahasama. Dengan cara ini akan membuka ruang menambah pendapatan untuk penduduk sekeliling seperti melalui tempahan makanan, penginapan homestay, jualan hasil tani dan program-program yang dianjurkan.
KESIMPULAN
Dengan adanya pusat aktiviti ini akan dapat merubah senario harian penduduk kawasan Kota Tinggi khusunya dan penduduk negeri Johor amnya. Aktiviti paintball dan sukan lasak lain akan dapat menarik ribuan peminat sukan ini. Secara langsungnya pusat ini dapat membantu kerajaan mengumpulkan pelajar sekolah dan para belia kearah menjalani hidup yang lebih positif dan seterusnya dapat menjauhkan mereka daripada gejala negatif seperti penagihan dadah dan melepak serta tiada arah tuju hidup.
Selain daripada itu, program ini boleh dijadikan sebagai satu pakej pelancongan ke negeri Johor dan dapat menjayakan objektif pelancongan Daerah Kota Tinggi sebagai tarikan pelancongan eko-tourism dan sports-tourism.
Dengan sokongan padu semua pihak, diharapkan dalam tempoh lima tahun akan datang, dapat melahirkan ahli-ahli sukan lasak yang mampu mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.
Terbaik bang ajit
ReplyDeleteMinat nk bwk anak beljar memanah. Hari2 ada aktiviti memanah ke?
ReplyDeleteTERBAIK BANG AJIT
ReplyDelete